Isnin, 22 Julai 2019

SIAPAKAH TOXIC?

     KITA HIDUP DALAM DUNIA INI, KITA AKAN JUMPA PELBAGAI JENIS ORANG; YANG BAIK, JAHAT,DENDAM,KEJAM,KECAM DAN MACAM-MACAM LAGI. TAPI SIAPA KITA DALAM HIDUP SESEORANG ITU? ADAKAH KITA SEORANG YANG BAIK ATAU KEJAM? BILA KITA SANGKAAN SESEORANG ITU TOXIC DALAM HIDUP KITA, ADAKAH KITA SEDAR BAHAWA KITA JUGA MUNGKIN SEORANG YANG TOXIC DALAM HIDUP DIA?
 
       JANGAN HIDUP HANYA MENUNJUK SALAH ORANG, MEMANG MANUSIA TIDAK SEMPURNA TAPI KITA PERLULAH PERBAIKI DIRI KITA BERSAMA-SAMA. JANGAN HANYA BERKATA BAHAWA ORANG ITU BAHAYA, TOXIC UNTUK DIRI KITA SEDANGKAN KITA SENDIRI ADALAH TOXIC UNTUK PEMIKIRAN SENDIRI.
 
kredit: google

      BANTU DIRI SENDIRI UNTUK BERUBAH DALAM MASA YANG SAMA BANTU KAWAN YANG 'TOXIC' UNTUK BERUBAH JUGA. BUKANNYA HINA DIA DAN TINGGALKAN DIA SENDIRI. ITU MENJADIKAN KITA JUGA TOXIC MACAM DIA.
                                 
                                  Hasil carian imej untuk GAMABR sahabat'
                                                                    kredit:google
      APA ITU TOXIC? TOXIC IALAH BAHAN KIMIA YANG BERBAHAYA MACAM ITU JUGA MANUSIA DAN PEMIKIRAN YANG TOXIC BAHAYA DALAM HIDUP KITA. IA AKAN BUAT HIDUP KITA MUNDUR KE BELAKANG BUKAN MAJU KE HADAPAN. KITA BUKAN HIDUP UNTUK SEHARI, KITA HIDUP DALAM TEMPOH YANG LAMA DENGAN IZIN NYA ALLAH.KENAPA NAK SIAKAN HIDUP INI DENGAN PEMIKIRAN YANG NEGATIF? KENAPA NAK HANCUR KAN DIRI SENDIRI?

Jumaat, 15 September 2017

Hidup & Ujian is bestfriend

hidup ni ada pelbagai ujian...
semuanya dari Allah..
untuk uji kita ni kuat ,tabah dan beriman pada Yang Maha Esa
hidup manusia tidak sempurna tanpa ujian..
Hidup manusia akan jadi bosan..
bagi kata 'life is boring'
dengan adanya ujian manusia akan lebih mengenal erti kehidupan
belajar dari kesilapan..
setiap ujian ad hikmahnya..
nak dapat hikmahnya kita kena pandai nilai ujian itu untuk apa?
untuk kita lebih tabah?
untuk kita kenal dunia?
untuk kita kembali pada fitrah kita mengenal Pencipta..
semua ujian ada ertinya,ada hikmahnya..
hanya kita perlu cari dan fahami..
Semoga kita semua tabah menghadapi ujian tak kira kecil atau besar...

Ahad, 13 November 2016

Where my dad?

aku sering baca kisah novel ke komik ,drama mesti ada satu part perempuan bawa balik boyfriend dia jumpa mak ayah...dan ayah tu akan tanya mcam² kalau ad abang lagi riuh...
dan aq terbayang..aku dapat rasa tak apa yang orang buat...
aku ada ayah tapi mcam tak ada
ad abang pun mcm tak sayang aku.
kadang² kalau baca apa² cerita pasal family lagi² pasal jasa ayah..
teriak pun bukan pasal cerita tu tapi teringat kisah sendiri..
tapi bila tarbiah diri sendiri..fikir balik aku ad juga  ayah ..
org lain lagi teruk takda mak ayah terus..😭😂
#anakpilu

Jumaat, 14 Oktober 2016

cinta merah biru

  "Mak!hujan la macam mana nak pi sekolah ni?"ujar Aishah.
"Takpa biar mak hantar.Hang tunggu sat."sahut Mak cik Salmah.
Aishah hanya mengangguk lalu memakai kasut sekolahnya sambil melihat air hujan yang lebat.
"Ha..jom cepat naik kereta nanti hang lambat pula pi sekolah."gesa Mak cik Salmah.
  "Sat...nak pakai kasut ni.Ish..awat payah sangat ni."bebel Aishah sendiri.
Setelah selesai memakai kasut dia segera menaiki kereta ibunya.Mak cik Salmah memulakan perjalanan setelah memastikan anaknya menaiki kereta.
"Aishah,tengok budak naik motor tu.Budak sekolah hang kot.Rajin la hujan lebat-lebat pun pi sekolah naik moto."ujar Mak cik Salmah pada Aishah yang sedang melihat handphonenya.
Aishah melihat melalui cermin kereta budak yang dikatakan ibunya.'Rasanya bukan budak sekolah aku.Tak nampak pula baju sekolah dia.Pakai kasut sukan nike merah biru pula.'
  "Bukan kot,mak."jawab Aishah sambil menggeleng kepala.
Mak cik Salmah hanya mengangguk lalu menumpukan perhatian kearah jalan raya.

********************************************

"Hi...senget!"tegur Aina sambil menampar belakang Aisyah.Kuat bukan pelahan.

"Senteng hang ni!"marah Aisyah dan menjeling Aina.

   Aina hanya gelak.Ala...tak takut pun.Jeling manja je.

"Kau teringat sapa?Pakwe lama eh?"usik Aina lalu meletakkan beg sekolahnya disebelah Aisyah.

Mereka berjiran di kelas.Biasa la bestfriend katakan.

Aisyah menjeling Aina sekali lagi."Pakwe2 jangan sebut eh."
"Aleh...jeling-jeling.Tau la ada mole kat mata.Ingat cun dah la tu."cebik Aina.
"Awat hang dah putuih ka dengan budaq tu?"tanya Aina dengan loghat kedah.
"Hang takyah nak speaking kedah sangat.Huduh aku dengaq."perli Aisyah.
"Dak aih...aku mana couple pun ngan budak tu kawan ja."ujar Aisyah sambil menconteng buku latihannya.
"Lepastu yang kau dok berangan pagi-pagi buta ni kenapa?Dah tak betul?"soal Aina pelik.
"Amboi,kata orang tak betui.Banyak insurans mulut.Mana ada aku mengelamun."nafi Aisyah lalu bangun setelah mendengar loceng untuk berhimpun.
Dia cakap tak mengelamun?Yang tadi dia sampai tak sedar aku panggil boleh kata tak mengelamun lagi.Pelik budak ni.bebel Aina dalam hati sambil mengikut Aisyah ke tapak perhimpunan.

Sabtu, 27 Ogos 2016

MANIS VS KOPI

        






        hey,walaupun hidup ni pahit.
       kita mesti tambahkan kemanisan dalam hidup kita.
       macam secawan kopi.
      kopi kalau tak ditambah gula mesti pahit kan?
      macamtu juga kehidupan kalau tak tambah kemanisan.
      kita akan hidup dalam kepahitan tanpa kemanisan.

     hidup ni perlu kemanisan sebab tubuh badan tanpa glukosa akan lemah.
     hidup tanpa kemanisan akan jadi bosan.
     jadi cuba cari kemanisan
    dan buang kepahitan
    smile for a good day

Ahad, 29 November 2015

cahaya?!

aku bukan gadis yang cantik rupawan tapi aku hamba Allah yang sentiasa yang mencuba menjadi cantik di mata manusia tanpa sedar telah mengabaikan kecantikan aku di mata Sang Pencipta...
Manusia yang selalu lalai dengan dunia yang penuh dengan khayalan ini...
bila aku tersedar dengan ke lalai aku..
aku berasa gembira bila aku kembali ke jalannya..
tapi...
rupanya aku tak kuat bila ada yang menghasut aku terlalai lagi..
aku hanyut lagi dengan duniawi ini...
aku sedar semua yang aku lakukan adalah salah...
bila rasa takut datang..
aku usir kerana tidak ingin kembali ke jalan yang diredhai Nya..
Kini aku sedang mencuba untuk bangkit dari kisah kelamku..
aku sedar bukan salah orang lain tetapi ini salahku yang selalu ego..
yang selalu menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri..
tolong doakan aku supaya berada dijalan yang benar....

                                                                                                hamba Allah yang lemah